Sunday 15 September 2013

Khasiat Bunga Ros


Pertama kali iolss merasa minum rose tea ni mase g spa every month kt lancome dulu.kemudian second time iolss minum kt restoran waktu tu member blanje so xde la nk amek port sgt teh ape yg maha sedap ni!!
Baru-baru ni iolss n hubby g dinner kt little taiwan so order la rose tea.aduh...bile minum tros jd ala-ala romantik gteww sbb minum one sip je kite akn terasa amat tenang.so blk tu iolss google la khasiat rose.ha ni nk share

RAHSIA DAN KEAJAIBAN BUNGA ROS SEJAK ZAMAN KERAJAAN ISLAM BANI 


"untuk semua lapisan masyarakat yang berjantina lelaki perempuan yang cintakan pada kesihatan dan kecantikan semulajadi tanpa perlu menggunkan botox mahupon otak-otak .

Hospital Islam pada zaman kegemilangan Islam Bani Umaiyyah,Andalaus adalah hospital pertama yang menggunakan terapi wangian buanga ros untuk menggantikan bau ubat-ubatan. kebanyakan pesakit sembuh sebelum diberi rawatan . Puncanya adalah haruman bunga ros sebagai penwar tambahan . betul ke ?

mengikut sejarah, Ibn Sina adalah yang pertama menemukan kaedah rawatan aromaterapi dan juga proses penyulingan wap untuk minyak pati bunga . kalau sesapa yang selalu hidu bunga ros nie, mesti rasa lapang je. sebab tuh bunga nih paling laris dipasaran. dia boleh meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressent) .

  • merawat penyakit berkaitan dengan sistem peranakan
  • menyembuhkan luka dan radang pada kulit
  • merawat masalah saraf dan sebagai ubat hidu untuk pesakit  paru-paru.
  • ekstrak nya pula digunakan untuk pesakit masalah jantung dan buah pinggang.
  • menentang bakteria dan mengatasi masalah proses penghadaman didalam perut dan usus kecil
  • mengandungi vitamin C, karotena dan kumpulan vitamin B dan K . hampir semua mineral penting boleh didapati dalam kelopak bunga ros .
  • didalam kelopakros juga ada iodin yang bagus untuk kelenjar tiroid.
  • kelopaknya yang segar bleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan melecur serta alahan pada kulit dan masalah gatal.
  • dengan menghidu bau bunga ros segar atau minyak ros, InsyaAllah dapat melegakan pening kepala, mabuk dan lemah tenaga.
  • mengandungi kalsium yang mempengaruhi metabolisme da proses asimilasi zat makanan.
  • Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
  • baunya sja boleh menghilangkan sakit kepala, batuk selsema dan masalah saraf




amalkan minum teh bunga ros penuh khasiat. senang jer nak buat, buat sendiri, tak payah pi beli dah :) 
Rasai sendiri kesan teraputiknya apabila anda meminum Teh Bunga Ros…
        
Cara Penyediaan Teh bunga Ros :
petik 2 3 kuntum bunga ros kat luar rumah kalau ada pokok la kan .
Masukkan 2/3 kuntum bunga ros ke dalam  satu cawan air panas campur tea.
Boleh di tambah air berulang kali sehingga warna merahnya pudar.
Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan..

waktu yang paling elok nak petik bunga ros ni adalah pada waktu awal pagi time ketika udara masih bersih dan lembap. selepas hujan atau ketika embun banyak pon okay jugak . lepas tuh kelopaknya terus dikeringkan tanpa membasuhnya bagi mengekalkan khasiat . kalau korang sembur racun, basuh la sikit . kang beracun plak mawar korang tuh . "mawar berduri tak apa jangan mawar beracun" ;) .so dari kelopak bunga ros tu lah terhasilnya ekstrak, rebusan, air mawar atau minyak ros . hasil kajian Dr.Boris Vasilyev bakteria akn mati dalam masa lima minit apabila tersentuh kelopak ros segar . satu keajabain dari jutaan cipatan Allah . bukan sekadar wangi ditaman atau dirumah tetapi banyak lagi rahsia ros yang telah disingkap atau belum. kalau rasa stress atau tension cepat2 la p petik bunga ros atau p tempek kat sebelah pokok ros untuk menghilangkan segala depressi .

cara yang paling senang untuk memanfaatkannya , masukkan kelopak bunga ros kedalam air panas dan biarkan wapnya memenuhi ruang rumah atau bilik .senang dan cepat tu pon kalao rumah hampa ada pokok bunga ros ni la kan . kalo tak da kena plak p cari kat kedai india yang juai bunga tuh . okay sebenarnya banyak lagi istilah sains tentang penyakit yang boleh sembuh dengan bunga ros nih tapi cukuplah yang ni saja pon dah banyak kan . moga apa yang iolss sharekan ini bermanfaat untuk semua .

sumber bacaan dari Al-Islam April 2011




8 comments: